Blogger Layouts

Thursday

SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN !

saya dengan ini ingin meluahkan perasaan saya selaku penunggang motosikal. saya amat berduka cita dengan sikap pemandu2 di Malaysia. di manakah sikap tolak ansur anda? pernahkah anda memikirkan tentang perasaan penunggang motosikal? saya sendiri mengaku yang saya takut untuk menunggang motosikal di jalan raya buat masa ini. pernahkah anda terfikir yang penunggang motosikal terdiri dari pelbagai jenis individu. antaranya  mungkin seorang bapa yang mencari nafkah untuk isteri dan anak2 mereka, atau mungkin juga seorang ibu yang perlu menanggung keluarganya, seorang datuk atau nenek yang mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan disebabkan kejahilan anak2 yg meninggalkan orang tua mereka sendiri apabila sudah berjaya. banyak lagi jenis individu yang menunggang motosikal yang saya tidak dapat kemukakan. tetapi ingatlah, jangan hanya kerana sebilangan penunggang yang menunggang secara berbahaya, semua penunggang motosikal menjadi mangsa.


ini adalah contoh buruk yg menyebabkan penunggang motosikal dipandang remeh di jalan raya.
ini lah kesan atas sikap tidak bertolak ansur.
saya juga tidak menyalahkan semua pemandu2 di Malaysia, tetapi sebilangan yang terlibat sahaja. harap sikap bertolak ansur dapat dipupuk dgn lebih hebat lagi dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini. seperti sedia maklum, kami, penunggang motosikal juga membayar cukai jalan. oleh itu, gunakanlah jalan raya sebagai hak bersama. buanglah sikap mementingkan diri sendiri. sekian. SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN ! !

No comments:

Post a Comment