Blogger Layouts

Wednesday

Hari Raya Paling Bermakna (2011)

walaupun aku memilih untuk bekerja pada raya tahun ni, tapi ini lah raya yang paling aku tunggu2. memang pada luaran aku nampak murung & selalu buat muka ketat masa kerja, tapi dalam hati aku gembira sangat. semuanya berlaku pagi sebelum raya. dalam pukul 3.30 a.m aku terjaga sebab dengar mak & ayah aku bergaduh lagi. sambil aku dengar diorang gaduh, air mata aku menitik. dalam hati aku berharap sangat ada keluarga bahagia, dah lama aku harap camtu. aku terfikir, sampai bila aku nak berdiam tengok diorang terus camtu. aku beranikan diri, cuba leraikan diorang. walaupun aku tau diorang takkan berhenti, aku cuba gak. mulanya aku ingat cuma nak tegur yang diorang ni akan ganggu jiran2 sebelah. tapi cam bese lah, tak berhenti gak. makin bising jadinya. diorang mula ungkit kesalahan masing2. sampai satu tahap aku dah emo sangat, aku tumbuk pintu. agak kuat gak bunyi nya. masa tu mmg aku dah tak fikir pasal tangan aku yang tak abes injured lagi sebab accident aritu. pas aku tumbuk pintu tu, aku jerit sekuat yang aku boleh untuk suh diorang senyap. mak & ayah aku terkejut gila tengok aku camtu. maybe sebab aku tak pernah menjerit kat rumah kot. then, lepas diorang dah senyap, aku lak bersuara, aku menjerit "KORANG TIAP2 KALI NAK RAYA MESTI MACAM NI KAN, GADUH TAK TENTU PASAL, KORANG INGAT AKU NI PATUNG KE APA?! KORANG PENAH FIKIR TAK PERASAAN AKU? INGAT AKU TAK SEDIH ADA KELUARGA MACAM NI? BLA BLA BLA........." . tgh2 aku cakap tu, aku tak perasan aku menangis. tiba2 pipi basah. adehh, parents aku terus senyap & cuba nak redakan aku. tapi disebabkan aku masih emo, aku tepis tangan mak aku yang cuba nak usap air mata aku. aku keluar rumah utk tenangakan diri. tengok2, mak & ayah aku datang minta maaf kat aku. memang dah rupa banjir la air mata aku. time tu jugak aku melutut kat depan dorang, salam & cium tangan dorang. then, aku suh dorang bermaafan lak. tiba2 mak aku peluk ayah aku, memang touching habes lah time tu. adehhhh. seriously, aku tak penah rasa bahagia macam ni sekali. aku harap sangat diorang takkan gaduh lagi. walaupun ayah aku kena bahagi kasih sayang dia antara mak aku & bini dia lagi satu, harap2lah dah takde konflik pasni. even aku tak dapat nak habiskan masa dgn keluarga aku sepenuhnya, tapi peristiwa ni dah cukup buat raya aku tahun ni penuh makna & buat aku bahagia. Alhamdulillah :)

Thursday

SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN !

saya dengan ini ingin meluahkan perasaan saya selaku penunggang motosikal. saya amat berduka cita dengan sikap pemandu2 di Malaysia. di manakah sikap tolak ansur anda? pernahkah anda memikirkan tentang perasaan penunggang motosikal? saya sendiri mengaku yang saya takut untuk menunggang motosikal di jalan raya buat masa ini. pernahkah anda terfikir yang penunggang motosikal terdiri dari pelbagai jenis individu. antaranya  mungkin seorang bapa yang mencari nafkah untuk isteri dan anak2 mereka, atau mungkin juga seorang ibu yang perlu menanggung keluarganya, seorang datuk atau nenek yang mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan disebabkan kejahilan anak2 yg meninggalkan orang tua mereka sendiri apabila sudah berjaya. banyak lagi jenis individu yang menunggang motosikal yang saya tidak dapat kemukakan. tetapi ingatlah, jangan hanya kerana sebilangan penunggang yang menunggang secara berbahaya, semua penunggang motosikal menjadi mangsa.


ini adalah contoh buruk yg menyebabkan penunggang motosikal dipandang remeh di jalan raya.
ini lah kesan atas sikap tidak bertolak ansur.
saya juga tidak menyalahkan semua pemandu2 di Malaysia, tetapi sebilangan yang terlibat sahaja. harap sikap bertolak ansur dapat dipupuk dgn lebih hebat lagi dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini. seperti sedia maklum, kami, penunggang motosikal juga membayar cukai jalan. oleh itu, gunakanlah jalan raya sebagai hak bersama. buanglah sikap mementingkan diri sendiri. sekian. SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN ! !